Follow | Dashboard


Hey,welcome to Ayap's blog . Im taken . hihi

Entry | Owner | Board


him , otp , rindu :'*
bila aku whatsapp dengan dia , sumpah best gila . dia always teman aku , buat aku happy , buat aku tergelak sampai haritu kakak aku cakap aku gila sebab aku gelak sorang-sorang . haha macam laa kau tak pernah gelak sorang-sorang . that why laa aku suka whatsapp dengan dia . everytime , dia takkan stop hantar whatsapp sebab nak teman aku . cuma bila dia makan , mandi and tidur je laa dia stop hantar whatsapp :p bodohnya aku ni . memang laa dia stop whatsapp time tidur . takkan laa nak hantar whatsapp jugak time tu . nampak sangat tengah mengigau terlupa nak reply whatsapp aku . hahahaha . lawak fika lawak ._. err apehal ngan aku ni meroyan sorang-sorang ._.

khamis - aku suruh dia tunggu kejap sebab aku nak mandi dengan makan . bila dah mandi , aku masuk laa bilik . aku tengok mama tengah pegang tab aku sebab nak cek instagram . jangan main-main weyh ! mak aku pon layan instagram okay xD aku makan laa dulu sementara tunggu mama main tab aku . bila dah habis makan , mama still main tab aku cek instagram . duhh , acane nak whatsapp ngan dia ni ? kang kalau aku reply lambat , dia bad mood pulak . mama kalau cek instagram , bukan main lama lagi . aku try laa ambik phone ayah hantar text kat dia suruh dia tunggu kejap . sejam lebih kemudian , baru laa mama habis main tab aku . kemain lama lagi mama cek instagram ._. lepastu aku cepat-cepat hantar whatsapp kat dia . 
*tulisan merah aku , tulisan biru dia

hye sayang :'* rindu laa :'*
hmmm kay :'(
sayangggg , asal ni ? :/
lama tahu tak ayap tunggu :'( sampai tertidur :'(

comel je dia merajuk time tu . hehe lepastu dia cakap dia nak tidur kejap sebab dia pening kepala menangis tunggu aku lama sangat . haha comel ! :D dia suruh aku jangan tidur , jangan ngantuk , kejutkan dia lagi setengah jam . setengah jam berlalu , aku hantar whatsapp kejutkan dia . dia tak reply pon whatsapp aku . cedih laa ceni :'( haha mengacah dowh aku ni xD dah tujuh whatsapp aku hantar tapi dia still tak reply . apa lagi , aku call laa dia . 32 kali aku call dia missed . bapak laa cedih :'( tiba-tiba lepastu aku dapat whatsapp "hye sayang :'*" aku terus senyum sampai ketelinga bila dapat whatsapp dari dia . akhirnya reply jugak dia setelah sekian lama aku call dia sampai kena tolak kredit asyik dengar ada perempuan lain cakap "the number you have dial ....." bla bla bla ~ menyampah pulak aku bila dengar suara perempuan tu -.- okay okay then dia hantar whatsapp ajak on the phone dengan dia . aku reply laa "jom" lepastu tiba-tiba dia hilang entah kemana . 10 minit aku tunggu dia reply , tapi still tak reply jugak . aku terus laa hantar whatsapp lagi . dah 8 whatsapp aku hantar , dia tak reply . eii geramnya -.- aku call dia sampai 21 kali tapi dia tak angkat-angkat . aku asyik dengar suara perempuan yang suka sangat tolak kredit aku sampai habis . macam bodoh je -.- patah seribu aku . aku tidur je laa sebab dah penat jari aku asyik tekan call banyak kali . 3 jam kemudian aku terjaga sebab bunyi lagu primadonna kat phone aku mean ada orang call laa tu . first-first tu aku malas nak angkat sebab aku kalau terus cakap dalam phone lepas bangun tidur , suara aku mesti macam suara acah-acah macam tengah semput pulak . aku angkat je laa call takut ada apa-apa emergency ke . bila dah angkat aku dengar suara dia . terkejut gila time tu . suara aku dah laa dah macam apa pon aku tak tau . lantak laa . yang penting boleh dengar suara dia ^^ dia mintak maaf gila laa kat aku sebab tak reply whatsapp , tak angkat call . dia tertidur time tu . pening kepala sangat katanya . hmm yela sayang comel :') dia tak kasi aku tidur time tu sebab nak otp dengan aku laa bagai . dia siap suruh aku duduk and jangan baring sebab boleh ngantuk kalau baring . pastu siap suruh aku basuh muka lagi . tapi aku tak basuh muka sebab takut nak pergi bilik air . bilik air rumah aku dah laa jauh gila . seram laa nak pergi ._. bila aku ngan dia dah ngantuk , aku cakap laa aku nak tidur  . aku suruh dia tidur jugak sebab dah pukul 4 pagi time tu . dia pon cakap okay dia tidur . pastu kitorang cakap laa apa yang patut sebelum tidur . then kitorang end call serentak . lepastu aku terus laa tidur sebab dah ngantuk sangat . goodnight and sweetdream sayang :*

jumaat - malam ni pulak , dia cakap tak boleh on the phone sebab pakcik dia tidur kat sebelah dia . dia kat kampung time tu . sebab tu laa susah sikit nak on the phone kalau ada pakcik dia . its okay sayang :'* kitorang whatsapp je laa malam tu . nasib baik dia ada temankan aku . kalau tak sorang-sorang laa aku . macam-macam laa kitorang whatsapp . tiba-tiba dia hilang entah kemana lagi macam semalam . bapak laa cedih hidup aku :'( dah laa aku tengah lonely . aku hantar 7 whatsapp dia tak reply pon . nampak sangat tertidur lagi . aku terus tidur lepastu sebab ngantuk gila . sejam setengah kemudian , dia call aku . aku missed sampai 27 call dari dia . bapak laa banyak ._. aku kalau dah ngantuk gila , tidur tak ingat dunia . rumah aku dah nak runtuh pon aku tak akan sedar . mak aiii , teruk gila perangai aku :p aku sedar yang dia call pon , besok paginya . dia hantar whatsapp kat aku panjang lebar laa . aku yang baru bangun tidur tu pon terkebil-kebil nak baca . mata aku sampai kelip-kelip . 

sabtu - pagi ni mood dia tak berapa nak okay maybe sebab aku tak angkat call dia semalam kot . its okay laa . nasib baik aku dapat buat mood dia datang balik . bila mood dia dah ada balik , dia happy gila laa . aku asyik nak tergelak je whatsapp ngan dia . dia cakap , dia rindu gila kat aku . dah tiga hari tak jumpa kot . bagi kitorang , tiga hari tu macam 3 tahun . lama kan ? maigadd ! rindu dowh :'( malam ni dia cakap nak on the phone . aku okay je . kitorang tak henti-henti whatsapp time siang . bila malam telah tiba , yaAllah kejap lagi nak otp dengan dia laa . happy gila aku dowh :D memang laa happy sebab semalam aku tak dapat on the phone dengan dia . rindu gila dengar suara dia . aku tak boleh kot kalau tak dengar suara dia walaupon sehari . dah tiba masanya aku on the phone ngan dia . dia suruh aku call sebab kredit dia habis . aku call dia guna phone ayah sebab kredit aku pon dah habis :3 hahaha . okay tak lawak ._. aku call laa dia . bila dia dah angkat call , aku tunggu lama sikit baru laa aku cakap hai . takut tersalah orang pulak :p lepastu dia cakap "hai" yaAllah ! comel gila suara dia time tu . tergugat iman aku ._. seriously comel gila . jealous pulak aku ngan suara dia yang comel gila tu . melting dowh aku ~ lek fika lek . aku tau laa suara dia comel tapi tak payah laa sampai macam ni sekali . okay okay ._. macam-macam laa kitorang cakap lepastu . tiba-tiba dia cakap whatsapp je laa sebab apa kebenda tah . then aku end laa call . rindu gila kat dia :')

 "iqa , tidur sekarang . dah lewat malam dah ni . asyik menghadap laptop je kau kan ...."

okay lah . bye korang . mama dah membebel dah tu suruh tidur . membebel je mama ni -.- okay bye goodnight :*  

Older post / Newer post